[VIDEO] Polis Tangkap Suspek Tendang Tiga Pelanggan Di Kedai Serbaneka

Seorang suspek telah ditangkap pada Jumaat kerana menendang tiga pelanggan di sebuah kedai serbaneka di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Pegawai Penyiasat Balai Polis Kuala Terengganu, Insp Fakhrur Razzi Mohd Isa menjelaskan, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang merupakan seorang pelajar berusia 23 tahun dan seorang arkitek berusia 28 tahun.

Pengadu pertama mendakwa dia ditendang suspek yang tidak dikenali selain ditendang di bahagian bahu sebelah kiri.
Suspek juga cuba menumbuk pengadu namun pengadu sempat mengelak.

Seorang pelanggan yang bekerja di syarikat minyak berhampiran premis itu turut ditendang beberapa kali oleh lelaki tersebut.



Fakhrur menjelaskan, hasil siasatan mendapati terdapat tiga mangsa dalam kejadian ini di mana pengadu dan seorang mangsa telah membuat laporan polis.

LIHAT VIDEO DIBAWAH:-

Rakaman percakapan pengadu dan mangsa telah diambil.

Sementara seorang lagi mangsa yang bekerja di syarikat minyak berhampiran masih belum membuat laporan polis dan sedang dikesan.

Jelasnya, pengadu menyedari suspek kerap datang ke kedai berkenaan untuk membeli barang namun tidak pernah membuat masalah.



Ini adalah kejadian kali pertama dan pengadu mengalami sakit di bahagian bahu dan belakang badan manakala mangsa sakit di bahagian perut.

Anggaran kerugian lebih kurang RM100.

Katanya, hasil rakaman kamera litar terttup (CCTV) mendapati, suspek yang memakai baju-t berwarna merah dan berseluar jeans telah masuk ke dalam kedai dan tiba-tiba menendang mangsa sebelum cuba menyerang pengadu.

Pengadu dan mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.



Suspek juga sudah ditangkap pada pukul 10 malam hari yang sama dan direman sehingga 31 Mei.-Awani

Tendang pagar masjid, berang tak dapat solat Jumaat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker