Resepi kerabu daging mudah dan buka selera



Sebaran :

Resepi kerabu daging mudah dan buka selera
Resepi kerabu daging mudah dan buka selera

Siapa di sini suka makan kerabu?

Sedapnya kerabu daging ni. Jika anda gemarkan kerabu, wajib cuba resepi kerabu ayam yang dikongsi oleh Cef Datuk Ismail ini. Pasti puas hati.



BAHAN

300gm daging rebus – hiris nipis
5 sudu besar sambal belacan
4 sudu besar jus limau

BAHAN HIRIS



2 labu bawang besar
10 tangkai cili padi
5 tangkai daun ketumbar (50gm)
30gm taugeh

CARA

1.Satukan kesemua bahan dan gaul sebati.
2.Siap untuk dihidangkan.



BAHAN SAMBAL BELACAN

200gm cili merah
50gm belacan
1 sudu kecil gula pasir
20ml jus limau
Garam secukup rasa

CARA



1.Satukan cili merah, belacan dan gula ke dalam alat pengisar dan kisar halus.

2.Masukkan perahan jus limau dan perasakan dengan garam secukup rasa.

Resepi : Datuk Cef Ismail, Restoran Rebung.



Resepi kerabu daging mudah dan buka selera

 


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Nasi Goreng Kerabu Udang


Sebaran :


Leave a Reply