Sarawak kekal PKP, tidak lockdown seperti Semenanjung


Sarawak kekal dengan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok, tetapi tidak melaksanakan ‘total lockdown’ kepada sektor ekonomi dan sosial seperti yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sehingga petang Jumaat tiada ketetapan baharu dibincangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

“Kita berbeza dengan Semenanjung. Kita tidak boleh tutup sektor ekonomi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Lewat petang Jumaat, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh MKN.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

Setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak ini dan jumlah kematian semakin meningkat, katanya. Awani

Umum PKP, Sarawak bagi bantuan RM1. 4b kepada rakyat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker