Masa untuk kerajaan buka pintu ‘seluas-luasnya’ – Khaled

Masa untuk kerajaan buka pintu 'seluas-luasnya' - Khaled

Masa untuk kerajaan buka pintu ‘seluas-luasnya’ – Khaled

Seorang pemimpin kanan Umno hari ini menyarankan kerajaan membuka ruang “seluas-luasnya” kepada mana-mana pihak yang mampu menyumbang ke arah usaha mengekang Covid-19.

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin berkata asalkan boleh membantu pihak yang berkenaan perlu diberikan peluang untuk membantu kerajaan.

Asalkan boleh membantu, katanya, mereka wajar dialu-alukan untuk menyumbang secara kolektif.

“Bukalah ruang seluas-luasnya untuk cendekiawan terbaik, ahi perniagaan paling berjaya, teknokrat paling dihormati dan sesiapa jua yang mampu membantu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara golongan yang wajar diberikan peranan kata bekasn menteri besar Johor itu lagi ialah saintis, epidemiologi, perangkawan dan pakar matematik – untuk menilai pelbagai data – malah pelakon, penyanyi dan pempengaruh sosial (social influencer).

“Marilah kita membuka ruang seluas-luasnya untuk mencari idea, strategi, pendekatan dan pengurusan paling baik, ampuh dan strategik untuk memulihkan negara,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika negara ini mencatatkan kes baru harian Covid-19 serta korban yang disebabkan wabak itu semakin membimbangkan.

Kerajaan Perikatan Nasional dipimpin Muhyiddin Yassin pula akan menguatkuasakan sekatan pergerakan penuh mulai tengah malam ini dan dijangka berlanjutan sekurang-kurangnya 14 hari.

Perlukan satu sama lain

Pada masa sama orang ramai masih menunggu pengumuman lanjut mengenai butiran pelaksanaan sekatan berkenaan, termasuk kemungkinan pemberian moratorium automatik.

Kerajaan juga didesak pelbagai pihak untuk memanggil sidang Dewan Rakyat bagi membolehkan langkah wajar dapat dibincangkan secara bersama.

Parti pembangkang dan Umno pula mengemukakan ‘tawaran damai’ dengan berjanji tidak akan mengemukakan atau membincangkan sebarang usul membabitkan kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Menggalakkan ahli perniagaan

Khaled berkata kerajaan boleh menggalakkan ahli perniagaan mengeluarkan lebih banyak kit ujian yang lebih murah agar langkah mengesan pesakit Covid-19 dapat dilakukan dengan lebih pantas.

“Kita bawa teknokrat negara menguruskan vaksinasi agar lebih ramai pekerja kesihatan boleh memberikan fokus kepada kerja klinikal.

“Kita gemblengkan pelakon, penyanyi dan social influencer negara untuk melancarkan kempen yakin vaksinasi. Malah berikan kepercayaan kepada pasukan tentera untuk membantu pelbagai ikhtiar vaksinasi dan saringan kita,” katanya.

Untuk parti politik pula menuru Khaled mereka perlu menggunakan segala jentera yang ada untuk membawa orang tua dan kurang upaya ke pusat vaksinasi, mendaftar untuk suntikan vaksin atau menyalurkan apa jua bantuan yang termampu.

“Kita memerlukan satu sama lain dalam saat genting ini. Ketepikan segala birokrasi dan paculah pelan pemulihan negara ini secara inklusif.

“Ini adalah momen penting. Bukan sekadar kita jaga kita tetapi juga bantu sesama kita,” katanya. Mk

Masa untuk kerajaan buka pintu ‘seluas-luasnya’ – Khaled



Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Buka Parlimen, Selamatkan Rakyat, Tiada Usul Undi Tidak Percaya

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker