Resepi Gulai Daging Utara Istimewa

Sebaran :

Resepi Gulai Daging Utara Istimewa
Resepi Gulai Daging Utara Istimewa

Masa Penyediaan: 20 minit,
Masa Memasak:25 minit,
Jumlah Hidangan:6 orang

Resepi pada kali ini memang sungguh istimewa. Saya kongsikan Resepi Gulai Daging Utara yang sedap, lebih kurang sama dengan resepi gulai kawah yang dimasak di kenduri kendara. Resepi asal adalah dari Chef Sabri yang terkenal dengan kepakaran memasak resepi ala kampung dan resepi ini mmg di olah dari resepi gulai kawah beliau. Rasa gulai daging ni memang mengingatkan kepada sedapnya gulai kenduri di kampung. Jika tiada rebung, anda boleh gantikan dengan batang pisang, ataupun kentang.



Bahan-Bahan:

1 kg daging bahagian tulang
1 mangkuk rebung, dihiris dan rebus
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar minyak sapi
1/2 senduk minyak masak
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
daun kari
sedikit gula melaka
garam secukup rasa
Bahan untuk kisar halus:
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan untuk rempah tumis:

1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 btg cengkih
6 biji buah pelaga
1/2 sudu kecil lada hitam

Bahan untuk pes rempah:

1 bungkus rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
dan  sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih


Cara Penyediaan:

Rebus daging bertulang dengan kadar air paras menutupi daging sehingga lembut.

Kalau menggunakan pressure cooker, masa memasak bergantung kepada jenis pressure cooker anda. Jika rebus menggunakan kaedah biasa, anggaran masa merebus dalam 1.5 hingga 2 jam.

Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk. Tumis ‘Bahan Kisar’, daun kari dan ‘Bahan Rempah Tumis’ sehingga kekuningan dan naik bau.

Bancuh ‘Bahan Pes Rempah’ dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk. Kacau sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak.

Masukkan ketulan daging bertulang bersama air rebusan sekali. Kemudian masukkan rebung, kerisik dan santan cair. Masak sehingga mendidih.

Masukkan santan cair dan teruskan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Masukkan sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.

Tips:

Rebus daging sehingga lembut dan sejukkan kuah rebusan, kemudian kuah boleh dimasukkan ke dalam peti ais. Jika anda tidak suka gulai yang terlalu berlemak, buang lemak sejuk yang beku di permukaan.

Resepi Che Nom

Resepi Gulai Daging Utara Istimewa


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET 


Resepi Cucur Sayur Lockdown


Sebaran :

Leave a Reply