Resepi Cucur Sayur Lockdown



Sebaran :

Resepi Cucur Sayur Lockdown
Resepi Cucur Sayur Lockdown

Sekarang ini lockdown dah diumumkan kerajaan dek kerana si korona yang degil tu. Apa pun petang – petang pekena cucur sayur ni memang best la dengan minuman petang. Dok rumah kenalah aktif nanti family kelaparan dan bosan.

Cuma pesanan ikhlas jangan lupa bersenam ya.



Bahan-Bahan: Resepi Cucur Sayur Lockdown

Bahan A –

1 1/2 Cawan Tepung Gandum *
Dan 1 sudu kecil baiking powder *
1 sudu kecil garam atau terpulang citarasa anda *
Serta 1 sudu serbuk ikan bilis ..tak ada pun tak apa *
1 sudu besar minyak masak*
1 biji telor ayam *

Semua bahan yang ditandakan * hendaklah digaul rata



Bahan B –

1 cawan sayur kobis bulat yang dihiris halus
Dan 1 cawan karet yang dihiris halus
1 cawan daun sop, daun bawang yg telah dipotong
Serta 1 biji bawang besar yg dihiris halus
1 biji cili hijau yg dihiris halus atau tak mahu pun tak apa. Saya suka cucur saya bewarna warni
Atau terpulang sayur yang menjadi pilihan anda.
2 cawan air JANGAN dihabiskan, bergantung pada tepung anda, bancuhan jangan terlalu pekat dan cair

Pilihan Lain –

Ikan Bilis hendaklah digoreng dahulu baru dimasukkan kedalam adunan atau;
Udang Basah yg buang kulit dan dipotong kecil dan dimasukkan kedalam adunan

Cara Membuat:

1. Bahan B hendaklah dimasukkan ke dalam adunan Bahan A. Gaul rata supaya menjadi sebati.



2. Kemudian, baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang cantik.

3. Masukkan ikan bilis atau pun Udang yang menjadi Pilihan anda, rasa tahap kesedapan anda.

4. Rehatkan adunan selama 10 hingga ke 15 minit, barulah digoreng hingga garing. Angkat dan hidangkan bersama sos kegemaran anda.



Resepi Derma Kasih


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Resepi telur bumbu kuning pedas


Sebaran :


Leave a Reply