Lockdown: 14 hari saja, itu pun tak berani larang – Najib

Banyak juga kilang-kilang yang terbuka semasa lockdown penuh.

Lockdown: 14 hari saja, itu pun tak berani larang – Najib

14 hari sahaja. Itupun tak berani larang?

Banyak juga kilang-kilang yang terbuka semasa lockdown penuh.



Misalnya sektor elektrikal dan elektronik yang merupakan antara sektor terbesar negara dengan 600,000 pekerja secara langsung dibenarkan beroperasi.

Jika sektor ini dibenarkan beroperasi maka banyak lagi kilang-kilang pembekal secara langsung dan tidak langsung serta sektor berkaitan seperti pengangkutan dan pelabuhan juga perlu dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa.

Dijadikan pula sebagai sektor perkhidmatan perlu dengan alasan untuk menjaga “kepentingan rantaian ekonomi global”.

Jadi, siapa pula nak jaga kepentingan negara dan kepentingan ekonomi Rakyat yang tuntut lockdown penuh untuk memberi impak maksima kepada keadaan Covid amat kritikal sekarang dalam tempoh tersingkat?



Siapa pula yang akan menegakkan keadilan bagi jutaan rakyat biasa serta peniaga kecil yang perlu berkorban dalam tempoh lockdown penuh ini manakala kilang-kilang besar yang dimilik syarikat asing MNC dan syarikat besar yang kaya terus menjana keuntungan tanpa sebarang gangguan?

Jika perlu berkorban, kita sama-sama berkorban.

Bukan ramai yang berkorban sehingga terkorban manakala ada pula yang langsung tidak terkesan.

Saya tak percaya syarikat MNC dan syarikat besar yang kaya ini akan bankrap, membuang pekerja atau akan pindah kilang ke negara lain jika tidak dibenar beroperasi untuk 14 hari sahaja.



Bagi sektor-sektor yang lain pula, kita perlu pantau jika produk yang dikeluarkan mereka benar-benar kekurangan stok dalam pasaran.

Jika stok sedia ada adalah cukup untuk memenuhi keperluan bagi tempoh 14 hari maka kilang itu sepatutnya ditutup.

PKP sudah separuh masak. Janganlah Full Lockdown juga menjadi Tiga Suku Lockdown.
14 hari sahaja.

Najib Razak



Lockdown: 14 hari saja, itu pun tak berani larang – Najib


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


SOP ketika lockdown



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker