SOP ketika lockdown



Sebaran :


Rentas negeri, daerah bagi pasangan jarak jauh tidak dibenarkan dalam tempoh ‘lockdown’ fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh, maklum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Mulai 1 Jun surat kebenaran bekerja, merentas daerah hanya dikeluarkan oleh kementerian yang berkaitan, katanya pada sidang akhbar bersama Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Menurut Ismail, pihak polis masih boleh keluarkan surat kebenaran rentas negeri, daerah bagi tujuan kecemasan seperti kematian dan keluarga nazak.



Sementara itu, kata Ismail pergerakan untuk mendapatkan khidmat kesihatan, perubatan dan barang keperluan harian dibenarkan dalam radius 10 KM atau terhampir dari kediaman.

Aktiviti riadah secara bersendirian pula dibenarkan hanya untuk jogging dan senaman tanpa sentuhan dengan had masa hingga 8 malam, jelasnya.

Sepanjang ‘lockdown’ fasa pertama ini juga, kata Ismail pergerakan untuk mendapatkan khidmat kesihatan, perubatan dan barang keperluan harian dibenarkan dalam radius 10 KM atau terhampir dari kediaman.



Kompleks beli-belah ditutup kecuali premis pasar raya, pasar raya besar dan bahagian seksyen makanan dan minuman, serta keperluan asas, katanya lagi.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 28 Mei lalu mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ akan dilaksanakan di seluruh negara selama dua minggu bermula 1 Jun ini.

PKP penuh ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa dengan fasa pertama bermula 1 hingga 14 Jun.



Menurut Muhyiddin, sekiranya ‘lockdown’ fasa pertama berjaya mengurangkan kes-kes harian Covid-19, kerajaan akan melaksanakan ‘lockdown’ fasa kedua yang membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal.

‘Lockdown’ fasa kedua itu dijangka akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas fasa pertama berakhir.

Hanya setelah fasa kedua selama empat minggu itu berakhir, kerajaan akan kembali menguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) seperti yang dilaksanakan ketika ini



Semua sektor perkilangan adalah TIDAK DIBENARKAN

Kecuali sektor:
1. Aeroangkasa
2. Makanan & Minuman
3. Pembungkusan Pencetakan
4. Penjagaan diri & cuci
5. Perubatan dan kesihatan

Kesemuanya ada 12 sektor (60% kapasiti pekerja).



Aktiviti penjualan makanan dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk untuk take away dan penghantaran ke rumah dibenarkan.

Berita lanjut menyusul



Zahid gariskan 8 syarat untuk kerajaan laksanakan ketika lockdown


Sebaran :


Leave a Reply