Resepi telur bumbu kuning pedas


Resepi telur bumbu kuning pedas

Salah satu Masakan telur yang membuatkan kita nak lagi dan lagi, asyik mahu menambah jer.

Nak masaknya pun bukan susah, senang dan cepat.

BAHAN-BAHAN : Resepi telur bumbu kuning pedas

  • Telur 8 biji ( direbus dan dibuang kulit )
  • Serai 1 batang ( dikatok )
  • Cili padi hijau 10 batang
  • Lengkuas 3 cm dihiris
  • Tomato ( dibelah )
  • 2 helai Daun limau purut ( dihiris )
  • 1 helai Daun kunyit ( dihiris )Santan fresh 700mlSerbuk perasa
  • Garam
  • 1-1½ cawan minyak
  • Bawang besar 1-2 biji *
  • Bawang putih 4 ulas *
  • Halia 3cm *
  • Kunyit hidup 3cm*
  • Cili hijau 3 batang *
  • Dan Cili padi hijau 10 batang *
  • Cili kering 7-10batang *

P/S = • Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut . Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi .

• Kisarkan sekali dengan bahan yang bertanda *

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur . ( Pastikan minyak betul2 panas ) dan masukkan telur , Goreng sehingga 1-2 minit ,. ATAU kulit telur diluar sedikit garing . Angkat dan ketepikan .

2. Gunakan minyak yg sama , tumis bahan yg telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan sedikit kering .

3. Masukkan santan ( API perlahan ) dan Gaulkan Dan masak sehingga sedikit kering.

4. Kemudian,Masukkan serai , lengkuas , cili padi hijau , tomato , daun limau purut dan daun kunyit . Kemudian Gaulkan sehingga kering Dan pecah minyak.

5. Masukkan garam dan serbuk perasa . Gaulkan rata.

6 . Masukkan telur yg telah digoreng tadi dan masakkan ia seketika.

7. Angkat dan siap untuk dihidang.

Resepi Nurul Ateekah

Resepi telur bumbu kuning pedas


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Telur Masak Kurma : Resepi Che Nom

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker