Lelaki tak pakai pelitup muka serang pelanggan, pekerja kedai serbaneka [VIDEO]

Lelaki tak pakai pelitup muka serang pelanggan, pekerja kedai serbaneka

Lelaki tak pakai pelitup muka serang pelanggan, pekerja kedai serbaneka

KUALA TERENGGANU – Sebuah rakaman video tular sejak Jumaat memaparkan seorang lelaki tanpa pelitup muka mengamuk dan menyerang tiga individu di dalam sebuah kedai serbaneka di Jalan Sultan Mahmud di sini.

Saksi kejadian, Ahmad Izzat Abd Halim, 25, berkata, insiden itu berlaku jam 2.10 petang pada Khamis.



Katanya, ketika kejadian, beliau menjaga kaunter sebagai juruwang sebelum premis ini dimasuki seorang lelaki tidak dikenali yang kemudiannya bertindak menendang seorang pelanggan lelaki.

“Selepas menyerang pelanggan tersebut, lelaki terbabit pergi ke bahagian belakang premis untuk mengambil minuman dan kembali menendang serta cuba menumbuk kakitangan premis sehingga barangan di rak terjatuh.

“Ketika berada di bahagian kaunter, lelaki terbabit sekali lagi menyerang dengan menerajang dan menumbuk seorang pelanggan yang sedang beratur di belakangnya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di kedai serbaneka di sini pada Sabtu.

Katanya, insiden itu menyebabkan mangsa mengalami sakit pada anggota badan dan dirujuk untuk menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).



Katanya, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, suspek berusia 25 tahun itu telah ditahan jam 10 malam pada Jumaat dan direman sehingga 31 Mei.

“Hasil ujian air kencing ke atas lelaki tersebut negatif dadah dan suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.



“Pihak polis masih menyiasat motif serangan tersebut di bawah Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan khianat,” katanya. Sinar

Lelaki tak pakai pelitup muka serang pelanggan, pekerja kedai serbaneka


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Wanita mahu ‘serang’ Israel dengan cara hancurkan rumah tangga tentera zionis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker