Iesya Toh beri keterangan kepada Wisma Putra mengenai Dr Nur

Iesya Toh beri keterangan kepada Wisma Putra mengenai Dr Nur

Iesya Toh beri keterangan kepada Wisma Putra mengenai Dr Nur

Selepas selesai memberi keterangan kepada Wisma Putra berhubung isu seorang wanita bernama Dr. Nur yang dikatakan ditahan Israel, pengacara Iesya Toh mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang kenyataan berbangkit.

Iesya, 37, yang dihubungi Kosmo! Online menerusi pesanan WhatsApp berkata, dia digalakkan untuk tidak memberi sebarang kenyataan memandangkan perkara berkenaan sudah diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Maaf sangat-sangat. Saya dah pun kongsikan segala info berkaitan kepada Wisma Putra. Mereka tidak galakkan saya untuk beri kenyataan.

“Sebab segala keputusan berkaitan, hanya antara Kementerian Luar Negeri dan jabatan Prof. Dr. Aida (ketua jabatan), iaitu bos kepada Dr. Nur,” katanya.

Terdahulu, kecoh apabila Iesya dan Heliza Helmi berkongsi pendedahan bahawa terdapat seorang rakyat tempatan yang bernama Dr. Nur ditahan Israel ketika berada di Palestin untuk menjalankan misi bantuan.

Iesya yang merupakan bekas pengacara program Selamat Pagi Malaysia (SPM) berkata, dia dihubungi seorang doktor yang bekerja di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menyatakan rakan setugasnya ditahan Israel.

Selepas mendapati maklumat yang diterimanya benar, Iesya kemudian menghantar mesej menerusi pesanan WhatsApp kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan menyertakan nombor telefon pihak yang berkaitan isu berkenaan.

Pendedahan mereka mendapat perhatian Wisma Putra yang kemudiannya memanggil kedua-duanya untuk tampil menyalurkan maklumat tentang keadaan Dr. Nur.

Usaha Kosmo! Untuk mendapatkan respons daripada Heliza yang juga seorang aktivis kemanusiaan belum berjaya. K Online

Iesya Toh beri keterangan kepada Wisma Putra mengenai Dr Nur


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

Misteri Dr Nur tahanan Israel masih belum terjawab

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker