PKP 3.0 beri kesan kepada B40 dan buruh di Kelantan - ADUN Kok Lanas — MYKMU.NET

PKP 3.0 beri kesan kepada B40 dan buruh di Kelantan – ADUN Kok Lanas



Sebaran :

KOTA BHARU: Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan hari ini bakal memberi kesan kepada golongan B40, peniaga, bekerja sendiri dan buruh di Kelantan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Seri Md Alwi Che Mad berkata, prinsip dan keutamaan dalam PKP penuh adalah soal keperluan makanan.

“Supaya rakyat tidak lapar, paling mustahak sekali prinsipnya, jangan biarkan mereka lapar.



“Ini tanggungjawab kerajaan dan perlu melihat perkara yang sesuai, kalau patut bagi bantuan, bagi bantuan terutama mereka yang hilang pendapatan,” katanya.

Alwi menjelaskan, semua pihak perlu memastikan rakyat tidak berada dalam kelaparan apabila sesetengah daripada mereka hilang punca pendapatan.

Pada masa sama, kesan psikologi rakyat juga perlu diberi perhatian, seperti tekanan perasaan dan sebagainya yang boleh mengundang implikasi buruk dalam isi rumah.

Tidak terkecuali jelasnya, tekanan yang turut dihadapi oleh petugas kesihatan dan barisan hadapan yang saban hari berdepan kekangan.



Keadaan ini katanya boleh menimbulkan kebimbangan jika petugas kesihatan berdepan tekanan seperti yang dialami negara luar akibat peningkatan kes dan beban kerja.

Dalam hal ini ujarnya, rakyat dan kerajaan perlu sama-sama memikul tanggungjawab dan mengambil sikap saling memahami beban tugas yang dipikul petugas barisan hadapan.

PKP3.0 tak beri kesan buruk seperti PKP1.0 – RHB Research


Sebaran :


Leave a Reply