Imbuhan tetap penjawat awam dipotong 3 bulan – KSN

Lebih 800,000 penjawat awam bermula dari Gred 29 sehingga Jusa A dan ke atas diwajibkan memberi sumbangan antara RM10 dan 50 peratus daripada Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA).

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, hasil sumbangan tetap selama tiga bulan dianggar berjumlah lebih RM30 juta itu akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.

Menurutnya, sumbangan itu sebagai manifestasi solidariti penjawat awam dalam mengukuhkan sistem kesihatan negara, menyediakan bantuan tambahan kepada rakyat dan perniagaan yang terjejas.

“Sumbangan ini adalah tanda kebersamaan para penjawat awam dalam menyokong usaha kerajaan bagi memerangi dan melandaikan keluk jangkitan pandemik COVID-19.

“Semoga pengorbanan ini menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan bagi setiap anggota Perkhidmatan Awam dan ahli keluarga kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, pemotongan imbuhan itu tidak melibatkan petugas barisan hadapan atau frontliners serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28.

Jelasnya, perincian pelaksanaan penetapan sumbangan berdasarkan gred perkhidmatan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Beliau turut menyeru penjawat awam meneruskan ikhtiar dan meningkatkan komitmen memberi penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara dalam mengharungi tempoh mencabar ini.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, semua Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun 2021.

Wang tersebut, katanya, akan disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19.-Awani

Kadir cabar potong elaun wakil rakyat kerana sidang Parlimen dipendekkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker