Suasana tegang Israel-Iran

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kerajaan Thailand memantau rapi keadaan di Asia Barat berikutan meningkatnya ketegangan antara Israel dan Iran.

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, berkata semua warga Thailand yang tinggal di rantau itu digesa supaya peka dengan segala kemungkinan.

“Saya mengikuti keadaan di Asia Barat dengan rapi dan perhatian tertumpu terutamanya laporan peningkatan ketegangan di antara Israel dan Iran.

“Saya menggesa semua rakyat Thailand supaya sentiasa berjaga-jaga sekiranya ada keadaan kecemasan dan mengikuti rapat pengumuman daripada kedutaan kita di rantau itu,” katanya menerusi hantaran di laman X, hari ini.

Terdapat laporan awal beberapa negara termasuk United Kingdom, Russia dan Amerika Syarikat telah mengeluarkan nasihat perjalanan ke Israel dan rantau itu kerana kemungkinan tindak balas ketenteraan Iran terhadap serangan Israel ke atas kedutaannya di Damsyik.

Asia Barat masih tegang selepas Israel tidak mengendahkan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya menghentikan kempen genosidnya di Gaza dengan sejumlah besar daripada 2.3 juta penduduk di Gaza di ambang kebuluran. –BERNAMA

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker