Memang keluarga dia ni semua jenis macam ni ke? – Tunku Idris

Memang keluarga dia ni semua jenis macam ni ke? – Tunku Idris

Memang keluarga dia ni semua jenis macam ni ke? – Tunku Idris

Petang tadi tular di media sosial berkaitan satu hantaran yang didakwa di muatnaik di laman Insta Story Datin Noor Kartini, ibu kepada selebriti Neelofa yang didakwa mempertikai cadangan yang disuarakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim berkaitan lockdown secara berskala.

Tertulis di hantaran tersebut, “Kalau perihatin suruhlah agong batalkan darurat!! Cakap je lebih!!!



Berikutan itu, Noor Kartini membuat satu penjelasan berhubung dakwaan terbabit di Instagramnya.

Kenyataan yang dimuatnaik oleh Datin Noor Kartini menjelaskan perkara yang terjadi, “Berhubung tangkap layar daripada media sosial (Instastory) saya yang telah tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan, perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada sosial media (Instagram) saya.

“Beliau yang merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja memuatnaik Instastory tanpa sedar menggunakan akaun saya (@noorlartini).

Menurut kenyataan itu lagi, Noor Kartini juga membuat laporan polis di Balai Polis TTDI berhubung perkara ini dan akan bekerjasama sepenuhnya.



“Kepada Istana Johor terutamanya DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf diatas kecuaian yang terjadi,” tulisnya.


Tangkap layar muatnaik oleh Tunku Idris, anakanda Sultan Ibrahim

Terdahulu, Tunku Idris anakanda Sultan Ibrahim turut dilhat memuatnaik hantaran di Instastory miliknya dengan beberapa kasyen ayat.

Antaranya, “memang keluarga dia ni semua jenis macam ni ke?” dan turut berkongsi kata-kata dari Saidina Ali Bin Abi Talib, “sesungguhnya adab itu tidak akan boleh didapati dengan jual beli.”



Dalam pada itu, sejak akhir ini kontroversi sering menghimpit keluarga Neelofa tanpa henti bermula dari majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz di sebuah hotel ternama ibu kota sehinggalah yang terbaharu isu rentas negeri ke Nilai membeli karpet.

Kes ini masih berjalan selepas kedua mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seremban minggu lalu. Wc

Memang keluarga dia ni semua jenis macam ni ke? – Tunku Idris


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Neelofa kantoi rentas negeri lagi, kali ini didakwa ke Nilai 3 beli karpet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker