Pemuda Umno mahu lihat Azmin secara langsung menjelang ‘total lockdown’

Sebaran :

Pemuda Umno mahu lihat Azmin secara langsung menjelang 'total lockdown'

Pemuda Umno mahu lihat Azmin secara langsung menjelang ‘total lockdown’

Pemuda Umno mencadangkan menteri kanan Azmin Ali menjelaskan kewajaran keputusan dibuat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menentukan sektor yang dianggap perkhidmatan penting dan diberi izin beroperasi semasa sekatan pergerakan penuh mulai tengah malam ini.

Ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki malah meminta Azmin muncul secara langsung semasa memberikan penjelasan tersebut melalui sidang media, bukannya melalui kenyataan bertulis saja.



“Saya cadangkan untuk Menteri Miti Azmin Ali tampil secara liva dalam sidang media untuk menjelaskan rasional setiap industri kilang yang diluluskan atas nama essential services (perkhidmatan penti),” katanya hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi antara keputusan Miti yang tidak difahami Pemuda Umno ialah kebenaran beroperasi kepada kilang elektronik dan elektrikal.

Mengulas cadangan tersebut Asyraf Wajdi menjelaskan kebimbangan dirasakan orang ramai atas keputusan Miti memang ada asasnya.


“Ramai yang berkongsi senario di kilang masing-masing, apabila ada kes Covid-19, hanya sesuatu seksyen (yang terlibat) saja ditutup, bukan seluruh kilang.

“Risikonya, kebanyakan pekerja kilang tinggal dalam komuniti yang sama di flat-flat dan petempatan dengan orang awam yang lain,” katanya.

Pekerja kilang terbabit juga, katanya, bercampur dengan orang awam semasa berbelanja.

“Apakah jaminan jangkitan virus tidak menular?

“Data dan Sains menunjukkan lebih 50 peratus punca penularan virus adalah dari kilang-kilang,” katanya.

Untuk rekod dalam hampir semua masa pengumuman mengenai pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pelbagai fasa diumumkan seorang lagi menteri kanan, Ismail Sabri Yaakob.

Pengecualian dan kebenaran beroperasi bagi sektor ekonomi pula ditentukan oleh Miti yang biasanya membuat pengumuman melalui kenyataan media atau notis umum.

Malah pada 10 Mei lalu Miti hanya menggunakan saluran Twitter untuk memaklumkan maklumat rasmi kemententerian terbabit kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Untuk rekod Malaysia akan memasuki fasa sekatan pergerakan penuh mulai tengah malam ini yang menyaksikan kekangan lebih ketat sebagai langkah mengekang penularan Covid-19. Mk

  Pemuda Umno mahu lihat Azmin secara langsung menjelang ‘total lockdown’


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


SOP ketika lockdown


Sebaran :

Leave a Reply