Tiga rumah terjejas akibat tanah runtuh di Ampang, Gombak malam ini

Tiga rumah terjejas akibat tanah runtuh di Ampang, Gombak malam ini

Tiga rumah terjejas akibat tanah runtuh di Ampang, Gombak malam ini

KUALA LUMPUR: Dua rumah terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Lot 125 Jalan Khalid Al Walid, Kampung Bukit Sungai Putih, Lembah Jaya Utara, Ampang di sini, malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.09 malam.

Katanya, susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang digerakkan ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Kejadian membabitkan tanah runtuh sepanjang 12.1 meter. (m) yang menghempap atap dua rumah setingkat kelas A. Bagaimanapun kejadian itu tidak membabitkan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Mukhlis berkata, kejadian tanah runtuh setinggi 20 meter turut berlaku di Lot Batu 6 ¼ Kampung Tengah, Gombak yang menyebabkan sebuah rumah tiga tingkat terjejas dihempap pokok tumbang susulan kejadian itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah


Katanya, BBP Selayang digerakkan ke lokasi itu selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 7.30 malam, hari ini.

“Pihak bomba sudah mengarahkan penghuni untuk mengosongkan kediaman ke tempat selamat,” katanya.

Tiga rumah terjejas akibat tanah runtuh di Ampang, Gombak malam ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker