[VIDEO] Ngeri!! Gunting Tertinggal Dalam Perut Berbulan-Bulan

Ankara: Tanda tanya ibu tujuh cahaya mata yang sakit selepas pembedahan terjawab apabila pemeriksaan mendapati gunting tertinggal di dalam perutnya.

Nurcihan Ogmen, 61, dari wilayah Aydin di barat daya Turki itu sebelum ini dimaklumkan sakit itu adalah normal selepas pembedahan dijalankan.

Perkara itu dimaklumkan doktor yang membedahnya di sebuah hospital swasta di Kusadasi pada 5 Mac lalu.



Agensi berita tempatan, AHaber berkata, lebihan kulit perut Nurcihan dibuang doktor ketika pembedahan.

Dia kemudian dibenarkan pulang keesokan harinya selepas menjalani pembedahan selama lima jam.

Namun, dia kembali semula ke hospital selepas mendapati ada bengkak selain sakit pada perut.

Bagaimanapun, doktor hanya memaklumkan ia adalah perkara normal setiap kali selepas pembedahan dan sakit akan beransur pulih.



Selepas dua bulan, Nurcihan bersama suaminya pergi ke Hospital Negeri Soke untuk menjalankan pemeriksaan susulan kerana masih berasa sakit.

Apa yang mengejutkan, laporan imbasan sinar-X mendapati terdapat gunting pada bahagian kiri abdomennya.



Dia kemudian bertemu semula doktor yang melakukan pembedahan awal terhadapnya bagi mengeluarkan gunting itu.

Gunting yang tertinggal di dalam abdomennya berjaya dikeluarkan dalam pembedahan selama dua jam.

“Perut saya begitu sakit selepas pembedahan namun doktor tidak mempercayai apa yang saya katakan.

“Doktor hanya meminta saya bersabar dan tidak berminat untuk mendengar masalah yang saya hadapi,” katanya.-The Sun, Al-Haber



[VIDEO] Demi Sesuap Nasi, ‘Predator’ Ini Ambil Keputusan Untuk Jual Ayam Gunting Di Tepi Jalan

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker