Ahli Politik Di India Terbitkan Al-Quran Versi Sendiri, Minta Diajarkan Di Seluruh Sekolah Islam

Ahli Politik Di India Terbitkan Al-Quran Versi Sendiri, Minta Diajarkan Di Seluruh Sekolah Islam

Ahli Politik Di India Terbitkan Al-Quran Versi Sendiri, Minta Diajarkan Di Seluruh Sekolah Islam

Waseem Rizvi, seorang pemimpin Muslim India, mencetak Al-Quran versinya sendiri dengan menghapuskan 26 ayat Al-Quran. Dia turut meminta Perdana Menteri India, Narendra Modi agar menggunakan Al-Quran versinya untuk diajarkan di sekolah-sekolah Islam di seluruh negara.

Dia yang terkenal dengan fahaman Syiah dan merupakan ketua Lembaga Pusat Wakaf Syiah di Uttar Pradesh sering menimbulkan kontroversi. Dia mengaku telah ‘menyusun’ ayat Al-Quran dengan menghapuskan 26 ayat yang dianggapnya mempromosikan keganasan.

Bukan hanya menghapuskan 26 ayat Al-Quran, dia turut bertindak menyusun semula ayat-ayat Al-Quran terbabit mengikut urutan yang dikehendaki olehnya, lapor media Op India.

“Saya meminta PM Modi untuk memasukkan Al-Quran [versi] baru ini ke dalam kurikulum pendidikan di pelbagai madrasah dan institusi pendidikan Muslim di seluruh negara,” katanya.

“Versi Al-Quran yang diedit ini adalah Al-Quran yang betul dan akan segera tersedia di pasaran untuk dibeli oleh orang ramai,” katanya.

Awal tahun ini, Rizvi telah mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Agung India untuk menghapus 26 ayat Al-Quran yang menurutnya mempromosikan keganasan dan jihad.

Dalam petisyennya, Rizvi telah menyatakan bahawa ayat-ayat ini didakwa telah digunakan oleh kumpulan pengganas yang bertindak atas nama Islam sebagai alasan untuk menyerang orang yang dianggap kafir.

Namun, Mahkamah Agung dalam keputusannya menyebut bahawa permohonan yang dibuat oleh Rizvi bersifat remeh dan melulu. Selain daripada itu, mahkamah turut mendenda Rizvi kerana mengajukan permohonan terbabit.

Menurut permohonannya, Islam lahir berdasarkan konsep keadilan, pengampunan, kesaksamaan dan toleransi. Bagaimanapun, orang mula menjauh dari konsep asal ini.

Dia menambah bahawa kerana penafsiran yang salah dan ekstrim terhadap 26 ayat yang dimaksudkannya, Islam kini disamakan dengan ketenteraan, fundamentalisme, ekstremisme dan keganasan.

Dia juga menerima ugutan bunuh.

Namun, tidak lama setelah mengajukan permohonan yang tidak masuk akal tersebut ke Mahkamah Agung, dia telah dilaporkan kepada pihak polis oleh sekumpulan pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya. Dia juga menerima ugutan bunuh.

Suruhanjaya Nasional untuk Minoriti India menuntut permohonan maaf tanpa syarat dari Waseem Rizvi atas petisyennya. Pada 20 Mac yang lalu pula, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Jama di ibu negara India, New Delhi, untuk memprotes tindakannya.

Para penunjuk perasaan, yang datang dari komuniti Syiah dan Sunni, menuduh Waseem Rizvi sengaja untuk mewujudkan konflik antara kedua-dua fahaman tersebut. Vc

Ahli Politik Di India Terbitkan Al-Quran Versi Sendiri, Minta Diajarkan Di Seluruh Sekolah Islam


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Tokoh Syiah India Waseem Rizvi Cetus Kontroversi, Minta 26 Ayat Al-Quran Dibuang

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker