Dua kadet Malaysia dipilih sertai akademi tentera AS

Dua kadet Malaysia dipilih sertai akademi tentera AS

Dua kadet Malaysia dipilih sertai akademi tentera AS

Pegawai  kadet dari Malaysia berjaya dipilih memasuki akademi tentera Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini, umum Kedutaan AS hari ini.

Dua kadet terbabit, Mohamad Khairel Adha Mohad Khairee dan Nicholas Ong Yong Xen dipilih daripada calon seluruh dunia yang bersaing untuk mendapatkan tempat dalam akademi itu.

“Tahniah kepada kadet #Malaysia, Mohamad Khairel Adha yang akan memasuki Akademi Tentera Udara AS dan Nicholas yang akan mendaftar di Akademi Tentera Laut AS.

“Sertai Kedutaan AS dan Duta Brian McFeeters pada majlis keberangkatan pemuda #Malaysia! Semoga maju jaya apabila mereka memulakan satu lagi pengalaman seumur hidup!” menurut Facebook rasmi kedutaan hari ini.

Majlis berkenaan akan diadalah secara langsung menerusi laman facebook kedutaan (https://www.facebook.com/usembassykl/) pada 9 Jun bermula 9 pagi.

Dua kadet Malaysia dipilih sertai akademi tentera AS


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

Marwa terkejut dituduh punca insiden kapal Ever Given

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker