Mayat korban COVID-19 jadi hidangan anjing liar

Mayat korban COVID-19 jadi hidangan anjing liar

Mayat korban COVID-19 jadi hidangan anjing liar

KADAR kes kematian wabak COVID-19 mencecah angka tiga ribu dalam tempoh seminggu di India menyebabkan tanah-tanah perkuburan serta pusat pembakaran mayat di negara itu tidak lagi mampu menampung jumlah mayat yang ramai.

Keadaan itu telah menyebabkan penduduk mula mengambil tindakan sendiri dengan menanam mayat ahli keluarga mereka secara haram ataupun menghanyutkan ke sungai.

Terbaharu, penduduk-penduduk di Bandar Uttarkashi, Uttarkhand, India mendakwa mayat-mayat dibiarkan bergelimpangan di kawasan Sungai Bhagirati susulan daripada kawasan tanah perkuburan penuh ekoran peningkatan kes kematian akibat COVID-19.

Lebih pilu, penduduk turut mengatakan mereka nampak anjing-anjing liar melahap mayat-mayat yang kebanyakannya separuh terbakar di tebing sungai tersebut.

Penduduk setempat percaya mayat-mayat itu hanyut ke tebing sungai selepas peningkatan paras air akibat daripada hujan selama beberapa hari.

Menurut seorang saksi, dia menyedari kejadian yang meloyakan itu ketika sedang melukis di sungai pada 31 Mei lalu.

“Saya sedang melukis ketika ternampak anjing memakan daging mayat yang bergelimpangan.

“Ini sangat membimbangkan dan saya merasakan ini ibarat kematian umat manusia,” katanya kepada NDTV.

Baca artikel berkaitan: Tak boleh kahwin di darat, pasangan tempah pesawat buat majlis di udara

Penduduk tempatan turut bimbang dengan tindakan mereka yang menghanyutkan mayat ke dalam sungai boleh menyebabkan penyebaran virus COVID-19 melalui sumber air itu atau melalui anjing liar yang telah memakan jasad mangsa virus tersebut.

Sementara itu, menurut laporan The Sun, pihak berkuasa percaya ahli-ahli keluarga kepada mayat-mayat ini tidak dapat mencari tempat untuk dibakar atau tidak dapat menampung kos upacara itu.

Ramesh Semwal, presiden perbandaran di Uttarkashi semalam mengatakan bahawa dirinya telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk menguruskan mayat-mayat yang bergelimpangan di sungai itu.

“Sejak beberapa hari lalu, jumlah kematian telah meningkat di daerah kami. Saya juga mengetahui bahawa mayat tidak dibakar dengan betul, jadi saya telah mengarahkan pihak pentadbiran di Kedar Ghat untuk menguruskan proses pembakaran,” katanya.

Ia bukan kejadian pertama berlaku di mana sebelum ini video anjing-anjing liar menggali dan melahap mayat di Sungai Gangga di bahagian Utara Bihar dan Uttar Pradesh, tular di media sosial pada 20 Mei lalu.

India berhadapan gelombang COVID-19 ketiga yang sangat dahsyat sejak sebulan lalu.

Biarpun jumlah semakin menurun, negara itu masih lagi menghadapi peningkatan jumlah kematian yang tinggi setiap hari.

Kadar jangkitan di negara ini memuncak awal Mei lalu, tetapi dilaporkan mulai menurun. Utv

Mayat korban COVID-19 jadi hidangan anjing liar


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Bilik mayat Mumbai dipenuhi jasad tidak dituntut

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker