Pertengkaran panas antara menteri tercetus selepas MITI benar 95,000 syarikat beroperasi

Sebaran :

Pertengkaran panas antara menteri tercetus selepas MITI benar 95,000 syarikat beroperasi

Pertengkaran panas melibatkan beberapa menteri tercetus baru-baru ini berhubung tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan kira-kira 95,000 syarikat beroperasi walaupun perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, menurut sumber.

Menurut sumber, pertelingkahan tercetus awal minggu ini apabila sejumlah menteri tidak berpuas hati kerana begitu banyak syarikat dibenarkan beroperasi walaupun persetujuan dicapai sebelum ini untuk melaksanakan “total lockdown” atau sekatan penuh.



“Sebelum ini, kebanyakan menteri bersetuju dengan pelaksanaan sekatan penuh tetapi berita 95,000 syarikat mendapat persetujuan MITI untuk beroperasi menimbulkan bantahan, dan pertengkaran tercetus,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata, ramai menteri bimbang tanpa “lockdown” penuh, pandemik Covid-19 tidak akan dibendung dan penguatkuasaan SOP akan menjadi lebih mencabar. FMT

Pertengkaran panas antara menteri tercetus selepas MITI benar 95,000 syarikat beroperasi


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ismail Sabri dah tutup pintu depan tapi…?


Sebaran :

Leave a Reply