Mungkin Itulah salam Terakhir Pada Keluarga

Sebaran :

Mungkin Itulah salam Terakhir Pada Keluarga

Kuala Lumpur: Perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman sosial Facebook (FB) hari ini luahan dipercayai kakitangan KKM berkaitan prosedur menidurkan pesakit Covid-19 dan dibantu mesin bantuan pernafasan menyentuh perasaan.

Lebih-lebih lagi itu kemungkinan kali terakhir mereka sedar sebelum meninggal dunia akibat pandemik Covid-19.



KKM dalam perkongsian itu berkata, prosedur sebelum ditidurkan mereka akan minta pesakit mengucap dua kalimah syahadah dan bercakap buat kali terakhir melalui video call sahaja.

“Mungkin itulah salam terakhir pada keluarga… Dan ini adalah perjalanan terakhir salah seorang pesakit Covid-19 aku.

“Moga ditempatkan bersama para solihin. Pemergian ditemani bukan daripada ahli keluarga sendiri.


“Mati tu pasti… Daripada Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali,” katanya.

 

Perkongsian kisah seorang pesakit Covid-19 di FB KKM. FOTO FB KKM
Perkongsian kisah seorang pesakit Covid-19 di FB KKM. FOTO FB KKM

Difahamkan nukilan itu dibuat oleh individu bernama Sharin Sahbudin sebelum dikongsi di laman FB KKM.

Untuk rekod, hari ini kes kematian Covid-19 merekodkan kes tertinggi dengan 126 kematian.-HM

 

Pesakit Covid-19 yang meninggal dunia selepas tidur. FOTO FB KKM
Pesakit Covid-19 yang meninggal dunia selepas tidur. FOTO FB KKM

Mungkin Itulah salam Terakhir Pada Keluarga


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kematian ulama berturut-turut satu musibah


Sebaran :

Leave a Reply