[VIDEO] Guna Jengkaut Alih Ular ‘Gergasi’

[VIDEO] Guna Jengkaut Alih Ular 'Gergasi'

[VIDEO] Guna Jengkaut Alih Ular ‘Gergasi’

LARUT – Sebuah jengkaut terpaksa digunakan bagi mengalihkan seekor ular sawa batik seberat lebih 100 kilogram yang ditemui di kawasan tanah lapang di Jalan Kubu Gajah dekat Selama di sini pada Selasa.

Kehadiran ular sawa betina sepanjang hampir lima meter itu disedari pekerja syarikat pemaju yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan bagi pembinaan jalan sekitar jam 12 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selama, Mohd Nor Khairi Johari berkata, panggilan kecemasan kejadian itu diterima pada jam 12.11 tengah hari memaklumkan terdapat seekor ular sawa bersaiz besar berada di kawasan semak di situ.

Menurutnya, lapan anggota yang tiba di lokasi kejadian segera menjalankan operasi menangkap reptilia itu menggunakan alat penjerut.

“Proses mengalihkan reptilia itu ke dalam sangkar dilakukan dengan bantuan sebuah jengkaut milik pemaju berikutan saiznya yang agak besar.

“Begitupun kerja-kerja menangkap tidak berhadapan kesukaran kerana ular itu tidak bertindak agresif,” katanya.

LIHAT VIDEO DIBAWAH:-

Beliau berkata, operasi berkenaan mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum reptilia terbabit diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Ini antara operasi tangkapan ular terbesar yang dilakukan Balai Bomba dan Penyelamat Selama di kawasan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, reptilia itu ketika ditemui sudah pun berada dalam keadaan lemah sebelum disahkan mati.

“Bangkai haiwan ini akan dilupuskan dengan cara ditanam,” katanya.

Dalam perkongsian video tular di media sosial pada Rabu, orang ramai menyifatkan reptilia yang ditemui itu sangat besar seakan anaconda.-SH

[videopress OBBsN10O]

 

[VIDEO] Guna Jengkaut Alih Ular ‘Gergasi’


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Wanita Ini Terpaksa Selamatkan 14 Ekor ‘Ular Sawa’ Disebabkan Banjir, Tapi Lain Jadinya…😮

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker