Polis terima surat dari mana-mana kementerian untuk urusan kerja

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani ketika ditemui pada sidang media selepas majlis serah terima tugas jawatan empat pengarah jabatan yang baharu di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM di Cheras hari ini.
–fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Polis terima surat dari mana-mana kementerian untuk urusan kerja

Polis tetap menerima surat dikeluarkan oleh mana-mana kementerian atau jabatan berkaitan bagi urusan berkaitan kerja di sekatan jalan raya.

SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, M V Srikumar M Nair berkata, arahan itu datang daripada Ketua Polis Negara sendiri.

“Ketua Polis Negara telah memutuskan dan mengarahkan supaya kita menerima pakai semua surat pergerakan baik daripada MITI, kementerian atau jabatan walaupun selepas dua tiga hari yang dikatakan diberi kelonggaran kita tetap benarkan pemakaian surat-surat ini.

“Harap tuan-tuan dan puan-puan maklum kepada semua bahagian yang menjalankan sekatan jalan raya,” kataya dalam video berdurasi 30 saat.

Beliau berkata demikian mengulas laporan yang mengatakan pihak berkuasa tidak menerima surat dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Semalam, Kementerian Pengangkutan berkata, pemandu dan penumpang bas ekspres, lori, dan kenderaan komersial lain bawah kategori perkhidmatan penting yang harus melakukan perjalanan di seluruh negeri hanya perlu memohon surat kelulusan daripada mereka.

Pemegang surat kelulusan kementerian tidak memerlukan surat kebenaran tambahan untuk melakukan perjalanan rentas negeri selama perintah kawalan pergerakan penuh berlangsung.

Ketika dihubungi, Srikumar mengesahkan kesahihan video tersebut dan berkata, polis di sekatan jalan raya akan memberi kelonggaran “dalam dua atau tiga hari akan datang” bagi mereka yang bekerja untuk syarikat yang masih belum lagi menerima surat kelulusan MITI.

Beliau bagaimanapun menegaskan surat kelulusan daripada kementerian berkenaan, jabatan atau agensi sektor mereka beroperasi masih diperlukan. FMT

Polis terima surat dari mana-mana kementerian untuk urusan kerja


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Lockdown: Ada syarikat perkhidmatan tak penting dapat lampu hijau Miti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker