Kanak-kanak berbalas tembakan dengan polis menggunakan AK 47 selepas pecah masuk rumah



Sebaran :

Kanak-kanak berbalas tembakan dengan polis menggunakan AK 47 selepas pecah masuk rumah

Kanak-kanak berbalas tembakan dengan polis menggunakan AK 47 selepas pecah masuk rumah

AMAT sukar untuk bayangkan pihak polis di Florida, Amerika Syarikat (AS) terpaksa berbalas tembakan dengan dua kanak-kanak berusia 12 dan 14 tahun menggunakan senapang jenis AK-47 selepas menemuinya di dalam rumah mereka pecah masuk, lapor beberapa media tempatan.

Kanak-kanak lelaki dan wanita itu bertindak melepaskan tembakan ke arah pihak polis dalam cubaan melakukan rompakan bersenjata.



Pejabat Sheriff Daerah Volusia mengatakan kedua-dua kanak-kanak itu kini berdepan dengan tuduhan cubaan untuk membunuh pegawai penguat kuasa serta rompakan bersenjata.

Dalam kejadian di Enterperise Osteen Road itu, penduduk mendakwa terdengar seperti bunyi tingkap pecah sebelum polis bertindak melakukan pemeriksaan ke rumah tersebut.

Menurut pemilik rumah itu, terdapat beberapa jenis senjata api disimpan termasuk selaras AK-47, shotgun, pistol dan 200 biji peluru.



Syerif Mike Chitwood berkata, insiden itu berlaku sekitar pukul 8:28 malam apabila anggota polis, Sarjan Donnie Maxwell menerima tembakan daripada dua kanak-kanak tersebut, tetapi tidak membalas tembakan itu.

Mengepung rumah

“Pada pukul 8:31, salah satu daripada unit kami turut tembakan, dan dua minit selepas itu, satu lagi unit kami yang mengepung rumah tersebut melaporkan bahawa tembakan turut dilepaskan ke arah mereka.

“Pukul 8:40, kanak-kanak 14 tahun itu keluar daripada kediaman tersebut dan mengugut untuk membunuh Maxwell. Pada pukul 8:45, kanak-kanak 12 tahun pula melepaskan tembakan ke arah pihak polis menggunakan Ak-47,” jelas Chitwood.



Baca artikel berkaitan: Ku sangkakan besar rupanya hanya bersaiz ‘mini’

Biarpun pihak berkuasa cuba untuk mengawal keadaan tersebut dengan mencampak telefon bimbit ke dalam rumah untuk berkomunikasi dengan dua kanak-kanak tersebut, namun ia tidak berhasil.

“Dia (suspek) keluar melalui garaj rumah dan menghalakan senapang ke arah kami. Kami mengarahkannya untuk menjatuhkan senapang tetapi kanak-kanak tersebut masuk kedalam rumah sebelum keluar kembali. Ketika itu, pihak kami melepaskan tembakan ke arah mereka selepas diserang beberapa das tembakan,” tambah Chitwood.



Kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun itu dilaporkan menerima dua das tembakan di bahagian dada dan lengan dan dilaporkan stabil setelah diberikan rawatan kecemasan manakala kanak-kanak berusia 12 tahun itu pula menyerahkan dirinya kepada pihak berkuasa setelah rakannya terkena tembakan.

Tiada rekod jenayah lampau terhadap kanak-kanak lelaki 12 tahun, tetapi dia pernah mengugut untuk membunuh salah seorang pelajar di sekolah yang sama.

Manakala, kanak-kanak perempuan 14 tahun itu pula pernah dilaporkan hampir membakar sebuah rumah dengan menyalakan api di kawasan berkayu berdekatan pada April lalu. Utv



Kanak-kanak berbalas tembakan dengan polis menggunakan AK 47 selepas pecah masuk rumah


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Serang bekas isteri kerana cemburu dengan melepaskan tembakan


Sebaran :


Leave a Reply