Ekuestrian : Qabil pahat sejarah Malaysia

Ekuestrian : Qabil pahat sejarah Malaysia

Ekuestrian : Qabil pahat sejarah Malaysia

Qabil Ambak Mahamad Fathil memahat sejarah muncul atlet ekuestrian pertama Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

Atlet berusia 41 tahun itu yang pernah meraih tiga pingat perak dan empat gangsa dalam Sukan Asia beraksi di Tokyo bulan depan dalam acara dressage individu.



Menurut Persatuan Ekuestrian Malaysia, Qabil meraih slot ke temasya Olimpik selepas menerima jemputan daripada Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI).

Qabil merupakan pelumba simpanan untuk ke temasya Tokyo selepas menduduki tangga ketiga dalam ranking Asia-Oceania ketika saingan kelayakan acara dressage tamat dua tahun lalu.

“Ini bukan saja penting buat sukan kebangsaan, malah negara kita kerana ini kali pertama rakyat Malaysia akan beraksi dalam acara ekuestrian pada Sukan Olimpik.

“Olimpik kali ini memberi kita kesempatan istimewa untuk bersatu dalam banyak cara, terutama dengan cabaran global yang dihadapi di tengah-tengah pandemik Covid-19.



“Kami bersyukur kerana semua pihak telah bekerjasama untuk menjayakan Sukan Olimpik di Tokyo.

“Dengan menjadi sebahagian daripada skuad Olimpik Malaysia, Qabil adalah role model untuk sukan berkuda dan semua rakyat Malaysia. Kami mendoakan kejayaan buatnya,” kata Presiden Persatuan Ekuestrian Malaysia, Syed Omar Syed Abu Bakar AlMohdzar. Utusan

Ekuestrian : Qabil pahat sejarah Malaysia


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO] Sekumpulan Gadis Remaja Terjun Gaya Ala Olimpik Buatkan Netizen Tergamam 😮



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker