Resepi Agar-Agar Santan Sirap Ros

Sebaran :

Resepi Agar-Agar Santan Sirap Ros
Resepi Agar-Agar Santan Sirap Ros

Harini, kita nak share resepi mudah tapi sangat sedap. Kita akan menggunakan santan Ayam Brand yang menjadikan masakan pencuci mulut terasa lebih pekat dan lemak.

Terasa manis kelapa yang menyelerakan!. Jom cuba resepi ni, korang pasti suka!.



Bahan-Bahan : 

1 paket/10 gram serbuk agar-agar
4 cawan air
1 cawan gula
200 ml santan Ayam Brand
2 biji telur ayam
secubit garam
pewarna perisa ros
daun pandan, simpulkan

Cara Membuat : 

1. Masukkan air bersama gula, pewarna merah perisa rose, serbuk agar-agar dan daun pandan, kacau rata.

2. Seterusnya masak hingga mendidih. Kemudian keluarkan daun pandan.


3. Kocok santan bersama telur dan secubit garam. Kecilkan api dan masukkan campuran santan.

4. Kacau perlahan dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. Kemudian tutup api.

5. Basahkan loyang, tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Hidangkan sejuk!.

Resepi Oleh Kuali Helena

Resepi Agar-Agar Santan Sirap Ros


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi agar-agar lumut viral


Sebaran :

Leave a Reply