Menteri berbelah bahagi sama ada darurat patut disambung

Menteri berbelah bahagi sama ada darurat patut disambung

Menteri berbelah bahagi sama ada darurat patut disambung

PETALING JAYA: Susulan lonjakan kes Covid-19, terdapat desakan daripada beberapa menteri untuk darurat dilanjutkan selepas Ogos, menurut sumber yang tahu mengenainya.

Namun, yang lain mahu darurat ditamatkan Ogos ini kerana mereka bimbang dihukum rakyat pada pilihan raya umum akan datang jika ia berterusan.



Sumber memberitahu FMT, mereka yang mahu darurat dilanjutkan merasakan ia patut meliputi tiga fasa di bawah “lockdown” yang diumumkan baru-baru ini untuk membendung lonjakan kes Covid-19.

Putrajaya baru-baru ini mengumumkan akan ada tiga fasa di bawah “total lockdown” yang bermula 1 Jun, dengan fasa pertama membabitkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi bukan perlu.

Jika penutupan penuh itu berjaya, kerajaan akan melaksanakan fasa kedua yang membenarkan pembukaan semula beberapa sektor tidak membabitkan perhimpunan besar, tetapi SOP masih dikekalkan.

Di bawah fasa ketiga, semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dengan SOP ketat, tetapi aktiviti sosial masih tidak dibenarkan.



Sumber itu berkata, kerajaan masih tidak menggunakan “kuasa” penuh di bawah darurat seperti yang dibenarkan, contohnya mengarahkan institusi kewangan melaksanakan moratorium pinjaman menyeluruh di bawah “total lockdown”.

Putrajaya juga boleh menggunakan kemudahan di hospital swasta untuk meringankan beban hospital awam.

Seorang lagi pemimpin berkata, sesetengah menteri tidak berminat untuk darurat dilanjutkan kerana mereka bimbang tindak balas rakyat jika Parlimen terus ditutup.

“Parlimen perlu dibuka semula untuk perbahasan, jika tidak, kita mungkin tiada kredibiliti untuk memenangi pilihan raya akan datang. Mereka yang menentang darurat merasakan ada cara lain menghentikan usaha menggulingkan kerajaan semasa.”



Katanya, gabungan pemerintah boleh mencapai kata sepakat dengan pembangkang untuk tidak mengemukakan usul tidak percaya terhadap perdana menteri, jika Parlimen bersidang semula.

Rakyat, katanya, mahu jawapan terhadap lonjakan kes Covid-19 dan langkah yang diambil bagi menambah baik ekonomi, khasnya untuk menyelamatkan pekerjaan.

“Adakah pelabur asing akan melabur dengan kita, jika darurat dilanjutkan?” soalnya. FMT

Menteri berbelah bahagi sama ada darurat patut disambung


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Petisyen desak Azmin letak jawatan raih lebih 100,000 tandatangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker