Resepi agar-agar lumut viral


Resepi agar-agar lumut viral

Agar-agar lumut ini memang cukup menyegarkan, sekali makan tak cukup satu loyang. Resepi perkongsian Umi Norma ini mendapat lebih 15,000 perkongsian di laman Facebook dan jom cuba sendiri di rumah.

“Agar agar lumut khas utk mak mertua….mak mertua akk mmg suka sgt agar2 lumut….loyang yg kecik tu khas utk nya….akk syg mertua mcm mak sendiri…dia lh syurga suami ku.”

Apa lagi jom kita cuba buat agar-agar lumut yang sedang viral ini.

Bahan :

30 gram Agar-agar tali
5 cawan Air
4 helai Daun pandan – kisar dan ambil airnya dalam 1 cawan
2 biji Telur
1 kotak kecil Santan kara 1
Garam sikit
1 cawan Gula – boleh kurangkan jika tidak suka manis
Pewarna hijau

Cara :

1. Masak agar-agar sehingga larut dan baru masukkan gula.

2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dengan santan. Ketepikan.

3. Apabila agar-agar mendidih, masukkan air pandan dan pewarna hijau. Kemudian masukkan sedikit garam. Tunggu sehingga mendidih.

4. Selepas itu baru masukkan santan dan telur yang dipukul tadi. Kacau sehingga mendidih. Padamkan api.

5. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Biarkan sejuk. Boleh disimpan di dalam peti ais.

Resepi agar-agar lumut viral

Sumber : Umi Norma


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi agar-agar santan gula melaka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker