Resepi agar-agar santan gula melaka

Sebaran :


Resepi agar-agar santan gula melaka. Tak perlu letak telur, hasilnya lebih cantik dan halus

Segarnya tekak bila makan agar-agar santan gula melaka, lebih-lebih lagi bila musim panas. Terdapat dua versi untuk menyediakan resipi ini, namun versi Mastura Razali ini tidak menggunakan telur supaya tidak berbau hamis.

Tujuannya supaya agar-agar lebih wangi dengan aroma daun pandan.



Bahan :

20 gm Agar-agar tali

1 kotak kecil Santan pekat (200ml)



5 cawan Air

3 keping Gula melaka/nisey

5 sudu besar Gula putih



1 biji Telur

Secubit garam

2 helai Daun pandan



Cara :

1. Masak air bersama agar-agar sampai larut. Kemudian masukkan gula putih, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga gula melaka hancur.

2. Dalam bekas lain, satukan santan pekat, telur dan garam. Kacau sebati, kemudian tapis ke dalam periuk agar-agar tadi. Sentiasa kacau dan masak sampai agar-agar mendidih. Biarkan mendidih agak lama dan baru tutup api.




3. Tuang dalam acuan dan sejukkan dengan suhu bilik dahulu, kemudian baru masukkan ke dalam peti ais.


Ini versi tiada telur. hasilnya nampak licin sekata. Ini agar-agar santan pandan, caranya sama dengan agar-agar santan gula melaka. Tetapi ini menggunakan agar-agar serbuk 10 gram, air 1liter/1000 ml dan gula ¾ cawan.


Ini merupakan versi ada telur. Nampak berbintik-bintik.

Selamat mencuba Resepi agar-agar santan gula melaka


Baca Artikel Berkaitan :


 

Resepi Cek Mek Molek, benar-benar molek


Sebaran :

Leave a Reply