Resepi Biskut Coklat Mocha

Resepi Biskut Coklat Mocha

Resepi Biskut Coklat Mocha

Masa Penyediaan: 20 minit,
Masa Memasak:15 minit,
Jumlah Hidangan:80 biji

Resepi Biskut Coklat Mocha ini diambil dari blog Resepi Citarasawan. Memang sedap sangat biskut ni..anak-anak kita pasti sangat suka dan pastinya akan jadi biskut utama hidangan hari raya nanti.



Kak Wan gunakan Mocha emulco, tapi kita gantikan dengan ‘Cappuccino Paste’ yang di dibeli di kedai bakery. Satu lagi bahan yang anda tak boleh tinggalkan ialah emplex iaitu bahan untuk merangupkan biskut. Kalau tak letak emplex…biskut akan kurang rangup dan teksturnya menjadi agak kurang menarik. Sila lah cuba 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk biskut:

200g mentega
50g shortening
150g gula perang
1/2 sudu besar paste cappucino
40g putih telur
coklat chip untuk hiasan (Che Nom guna white choc chip)



Bahan untuk diayak:

340g tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh emplex
10g serbuk koko

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk biskut :



Pukul mentega hingga lembut dan putih kemudian masukkan gula dan paste cappucino dan pukul sebati.

Masukkan putih telur, teruskan pukul sehingga sebati.

Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan 2 jam atau lebih (kita rehatkan 1 jam sebab tak cukup masa).

Masukkan doh ke dalam acuan terap dan terap di atas dulang pembakar yand dilapik dengan kertas minyak (kak Wan gunakan nozzle 866 untuk picitkan doh). Hias dengan white coklat di tengah-tengah.



Bakar pada suhu 170°C selama 10-15 minit.

Angkat dan sejukkan, kemudian baru simpan di dalam bekas kedap udara.

Resepi Che Nom

Resepi Biskut Coklat Mocha



 


Baca Artikel Berkaitan :

Layari FB MYKMU


Resepi Cheesekut Tiramisu 5 Bahan Sedap Berkrim



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker