Resepi kek ketam bersalut panko

Resepi kek ketam bersalut panko
Resepi kek ketam bersalut panko …anak-anak pasti suka

Sedapnya kek ketam bersalut panko ini. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi yang menyelerakan ini. Resepinya sangat mudah dan pasti anak-anak suka.

BAHAN:

100gm isi ketam – telah dimasak
1 sudu besar lada benggala hijau
1 sudu besar lada benggala merah
dan 1 sudu besar bawang holand
1 sudu besar mayonis
3 keping wafer paper
50gm tepung gandum
50gm serbuk roti panko
1 biji telur – dipukul
2 sudu besar mentega

CARA:

1.Campurkan isi ketam, lada benggala hijau, lada benggala merah, bawang holand, mayonis dan gaul sebati.



2.Letak bahan tadi di atas wafer paper.

3.Gulung dan lipat kemas menjadi bentuk empat segi.

4.Salut dengan tepung gandum dan kemudian salut dengan telur.

5.Selepas itu salut pula dengan serbuk roti panko.



6.Panaskan kuali dan cairkan mentega. Goreng sehingga garing dan keemasan.

7.Angkat dan toskan. Hidangkan bersama mayonis.

Resepi: Cef eksekutif Hotel Parkroyal Kuala Lumpur, Gary Lim

Resepi kek ketam bersalut panko


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Resepi Sambal Telur Pecah Bercili Pedas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker