TMJ tegur Matt Davies supaya diam di media sosial

Sebaran :

TMJ tegur Matt Davies supaya diam di media sosial
TMJ tegur Matt Davies supaya ‘diam’ di media sosial, mula usaha kejar kemenangan

Sepotong ayat ditinggalkan pemilik skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di ruangan komen pada gambar dimuat naik pemain pertahanan Harimau Malaya, Matt Davies, di laman Instagram menjadi perhatian ramai, pada Jumaat.

Terdahulu Davies memuat naik sekeping gambarnya dengan kapsyen: “Time to fix our mistakes and bounce back stronger, all focus on the important games ahead’ (Masa untuk betulkan kesilapan dan kembali dengan lebih kuat, fokus pada perlawanan akan datang)”.

Tunku Mahkota Johor itu kemudian meninggalkan ayat yang agak ‘pedas’ dan sinis di ruangan komen, yang membawa maksud pemain itu perlu memulakan segalanya dengan terlebih dahulu diam di media sosial dan terus berusaha.

Biarpun ramai yang tersentak, namun majoriti penyokong menyifatkan teguran seumpama itu diperlukan selepas aksi tidak bermaya pasukan negara apabila tewas 0-4 di tangan UAE dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal pagi Jumaat.

Aksi beberapa pemain terutama pemain naturalisasi dan berdarah kacukan, antara yang menjadi kritikan kerana disifatkan tidak segah yang dijangkakan.

Namun pengendali pasukan negara, Tan Cheng Hoe enggan menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya, menganggap kebanyakan pemain Harimau Malaya tidak memberikan aksi pada tahap terbaik. Awani

TMJ tegur Matt Davies supaya diam di media sosial


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Buat Masa Ini Saya Tiada Masa Melayan Orang Gila Atau Benda Gila’ – TMJ


Sebaran :

Leave a Reply