Gara-gara terlewat hidangkan makanan, isteri dibunuh suami dengan cangkul

Gara-gara terlewat hidangkan makanan, isteri dibunuh suami dengan cangkul

Gara-gara terlewat hidangkan makanan, isteri dibunuh suami dengan cangkul

UTTAR PRADESH: Seorang lelaki ditahan polis pada Jumaat di Uttar Pradesh, India kerana dipercayai terlibat dalam pembunuhan isterinya.

Dalam kejadian pada Isnin, lelaki berkenaan dikatakan berang selepas isterinya terlewat menghidangkan makanan selepas pulang daripada kerja di daerah Shamli.

Menurut laporan The Hindustan Times, Murli Singh menetak isterinya Sudesh menggunakan cangkul selepas satu pertengkaran.

Dia kemudian menyerang anaknya Ajay yang berusia 20 tahun, dengan cangkul sama selepas anaknya itu cuba menyelamatkan ibunya.

Kekecohan tersebut disedari jiran mereka yang kemudian memanggil ambulans bagi membawa mangsa ke hospital.

Sudesh disahkan meninggal dunia manakala Ajay dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Murli melarikan diri sejurus selepas kejadian namun berjaya ditahan polis ketika menyorok dalam kawasan hutan berdekatan.-NDTV

Gara-gara terlewat hidangkan makanan, isteri dibunuh suami dengan cangkul


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Lelaki disyaki bunuh isteri pertama lepas ‘kantoi’ video Tik Tok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker