Resepi tempe goreng berlada wajib cuba

Resepi tempe goreng berlada wajib cuba
Resepi tempe goreng berlada …sedap dan wajib cuba!

Sedapnya tempe goreng berlada ni. Boleh dijadikan lauk atau diratahnya macam itu sahaja. Jom lihat cara menyediakan resepi dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN : Resepi tempe goreng berlada

  • 500gm tempe (3 keping) – digoreng dan dihiri
  • 150gm ikan bilis – dikopek dan digoreng
  • 30gm pati asam jawa
  • 6 sudu besar santan
  • 125ml minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR : 

  • 15 tangkai cili merah
  • Serta 15 tangkai cili kering
  • 15 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • ½ sudu besar belacan
  • 30gm pes asam jawa
  • 150ml air

CARA : 

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau. Masukkan tempe dan ikan bilis.
  2. Kacau rata sehingga sebati. Angkat dan sedia untuk dihidang.

*Boleh juga dimasukkan kacang tanah goreng bagi yang suka.

Resepi oleh Datuk Cef Ismail, Restoran Rebung.

Resepi tempe goreng berlada wajib cuba


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Sambal Tumis Udang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker