Resepi Sambal Tumis Udang

Sebaran :

Resepi Sambal Tumis Udang
Resepi Sambal Tumis Udang

Kelainan yang kita buat pada sambal tumis udang hari ini ialah saya memasukkan 2 sudu besar sos cili. Yang lain bahan bahan sama sahaja. Minyak tu kalau nampak bergenang, ceduklah keluar sedikit. Boleh guna untuk masak nasi goreng.

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.



Bahan bahan: Resepi Sambal Tumis Udang

700 gram isi udang
5 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar – hiris
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula
1 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam halus
Dan 1 sudu kecil pes asam jawa
1 ½ cawan minyak

Bahan kisar:

2 biji bawang besar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
½ sudu kecil belacan

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing dan terbit minyak. Masukkan cili kering dan tumis lagi sehingga cili masak dan terbit minyak.


Setelah terbit minyak, masukkan garam dan air asam jawa. Kacau rata. Masukkan sos cili, gula dan gula perang.

Kemudian masukkan udang dan bawang besar hiris. Kacau rata. Bolehlah ditutup api.

Dah siap, boleh la bagi family makan.

Azie Kitchen

Resepi Sambal Tumis Udang


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Mee Sanggul Goreng Basah


Sebaran :

Leave a Reply