Pemain naturalisasi jadi sasaran kemarahan penyokong Malaysia

Sebaran :

Pemain naturalisasi Malaysia, terutama Guilherme de Paula menjadi sasaran kemarahan penyokong Harimau Malaya selepas pasukan negara tumpas 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai sebentar tadi.

Pemain kelahiran Brazil itu yang dilihat agak ‘malas’ di atas padang dan tenggelam sepanjang permainan gagal memberi ancaman kepada benteng tuan rumah, berbanding pemain tempatan.

Tiga gol dihasilkan UAE pada 10 minit terakhir menyerlahkan kerapuhan benteng Malaysia yang mudah hilang fokus menuju ke penghujung permainan.



“Pemain naturalisasilah sangat, tak ada semangat langsung main.. De Paula ape function malas,” tulis pemilik akaun Ezad Skp dalam Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Better amek player kacukan daripada player naturalisasi. At least player kacukan masih ada darah semangat nak julang nama negara sendiri,” kata Rahimi Imi.

“Ingat pura2 lemah je lawan Bahrain…rupa2nya memang betul2 lemah. Dion Cools mesti menyesal….ade dua natrulisasi lagi macam tak wujud….Lupakan kelayakan lepas ni…Vietnam lagi laju dari UAE…,” tulis Adleen Yusuff.


BARISAN pemain Malaysia ketika menentang UAE di Stadium Zabeel, Dubai hari ini.

“Tan Cheng Hoe cukup-cukuplha bagi penghormatan yang melebih-lebih dekat pemain naturalisasi. De Paula, Liridon. Mereka ni dah macam pemain ke-12 dan 13 untuk UAE. Lari pun tidak, pressing pun tidak, hilang bola dari kaki, passing tak sampai. Consistent dia orang buat mistake ni. Banyak pemain tempatan yang lebih berbaloi untuk diberi peluang,” kata Ahmad Nazim.

“Nampak sangat Paula bermain sambil lewa dan tak bersemangat…punah harapan penonton sanggup tak tidur tunggu match Malaysia,” tulis Muhd Radzi Mhd Sd.

“Tak faham kenapa tak gunakan pertukaran keluarkan Liridon dan De Paula….serius hancur….,” kata Mohd Azlan Aladdin.

Selain De Paula, 34, Malaysia juga menyenaraikan Liridon Krasniqi dalam kesebelasan utama, manakala seorang lagi pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh yang sudah lama bersama skuad kebangsaan menunjukkan prestasi agak baik.

Kekalahan ketiga dalam selepas enam perlawanan kini meletakkan Harimau Malaya di tangga keempat Kumpulan G dengan berkongsi sembilan mata bersama UAE dan Thailand, yang seri 2-2 dengan Indonesia dalam satu lagi perlawanan.

Malaysia akan berdepan pendahulu kumpulan, Vietnam pada 12 Jun, diikuti Thailand dalam perlawanan terakhir pad 16 Jun.

Pasukan negara perlu menempatkan diri dalam kedudukan dua teratas untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.-UM

Harimau Malaya Hilang Ngauman, Dikalahkan UAE 4-0 di Dubai


Sebaran :

Leave a Reply