Malaysia luluskan vaksin AstraZeneca dari kilang Thailand



Sebaran :


Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ke-358 hari ini meluluskan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana produk vaksin Covid-19, “Vaccine AstraZeneca Solution for Injection” keluaran AstraZeneca dari pengilang kedua, iaitu Siam Bioscience Co. Ltd., Thailand.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengilang kedua itu merupakan pengeluar yang akan menjadi sumber bekalan vaksin AstraZeneca untuk kegunaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di negara ini.

Katanya, pada 2 Mac lepas, PBKD meluluskan pendaftaran bersyarat pengilang Medimmune Pharma B.V., Belanda, yang merupakan pengeluar bekalan vaksin Covid-19 AstraZeneca ke negara Eropah.



“Sebagai makluman, kerajaan Malaysia membuat perolehan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca melalui dua kaedah, iaitu secara terus dengan pengeluar dan juga melalui fasiliti COVAX yang mula diterima pada April.

“Bekalan vaksin AstraZeneca yang bakal diterima daripada pengilang Siam Bioscience Co., Ltd ini dijangka dapat mempertingkatkan kadar vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan lebih pantas,” katanya dalam kenyataan.

Noor Hisham berkata, kelulusan pendaftaran secara bersyarat memerlukan syarikat pemegang pendaftaran produk, iaitu AstraZeneca Sdn Bhd, mengemukakan data tambahan dan terkini produk vaksin itu dari semasa ke semasa.



Katanya, ia bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatannya sentiasa dikemas kini serta perbandingan manfaat-risiko vaksin kekal positif.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak Covid-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.

CITF mohon maaf gangguan teknikal daftar vaksin


Sebaran :


Leave a Reply