Anggota polis ditemui mati tergantung atas pokok


KOTA TINGGI – Seorang anggota polis ditemui mati tergantung di atas pokok di tepi sungai berhampiran Taman Kanak-Kanak, Kota Tinggi di sini semalam.

Mayat anggota berpangkat Koperal itu ditemui pada pukul 12.55 tengah hari tergantung pada dahan sebatang pokok oleh orang awam.

Difahamkan, mangsa yang berusia 30 tahun itu merupakan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Md. Yusof Ahmad berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada kecederaan atau unsur-unsur jenayah ke atas badan mangsa.



“Siasatan kita juga mendapati mangsa yang berasal daripada Kuching, Sarawak dipercayai membunuh diri selepas mengalami kemurungan.

“Mangsa juga pernah mendapatkan rawatan psikiatri di hospital berhubung masalah kesihatan yang dialaminya,”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Md. Yusof berkata, siasatan lanjut berhubung punca mangsa bertindak demikian masih dijalankan dan setakat ini polis klasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Ujarnya, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak untuk dikebumikan hari ini. K Online



Warga emas maut minum racun, tertekan akibat hutang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker