[VIDEO] Ramai Amal Senaman Ekstrem Gantung Diri Popular Di China

[VIDEO] Ramai Amal Senaman Ekstrem Gantung Diri Popular Di China

[VIDEO] Ramai Amal Senaman Ekstrem Gantung Diri Popular Di China

Beijing: Sebahagian pesara di China kini mengamalkan senaman ekstrem iaitu menggantung leher mereka pada pokok dengan tali kerana yakin kaedah itu berkesan untuk merawat sakit belakang.

Oddity Central melaporkan senaman pelik itu semakin menjadi amalan kecergasan warga emas di wilayah Liaoning, China sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

[VIDEO] Ramai Amal Senaman Ekstrem Gantung Diri Popular Di China

Ia heboh diperkatakan selepas tularnya gambar dan video menunjukkan sekumpulan warga emas menggantung leher mereka pada tali sambil menggerak-gerakkan badan mereka dalam bentuk bulatan.

Lazimnya, mereka akan menggantung tali itu pada pokok di taman atau pada palang tempat bersenam dan mengakui latihan itu sebagai rutin kecergasan terbaik.

“Rutin itu sudah menyembuhkan masalah sakit tulang belakang saya.

“Saya kini tidak perlu mengambil ubat lagi,” kata seorang wanita warga emas yang menggantung leher sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada Pear Video.

[VIDEO] Ramai Amal Senaman Ekstrem Gantung Diri Popular Di China

Rutin senaman itu diperkenalkan oleh lelaki berusia 57 tahun, Sun Rongchun dari Shenyang dan dikatakan membantu meredakan sakit leher dan dia dapat tidur lena.

Dia gembira dengan hasilnya dan kemudian mengesyorkannya kepada orang lain.

Rutin senaman itu dikatakan boleh membantu meregangkan tulang belakang serviks dan leher.

Bagaimanapun, pakar memberi amaran bahawa dakwaan itu tidak mempunyai bukti saintifik, malah latihan dilakukan boleh menyebabkan kecederaan serius pada tulang belakang.

LIHAT VIDEO DIBAWAH:-

[VIDEO] Ramai Amal Senaman Ekstrem Gantung Diri Popular Di China


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Baik Punya Tonggeng..Penduduk Berang Aksi Ketat, Sendat Di Hadapan Masjid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker