CITF mohon maaf gangguan teknikal daftar vaksin

CITF mengambil maklum gangguan teknikal sewaktu tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca yang dibuka tengah hari tadi hingga menyebabkan pengguna menghadapi kesukaran mengakses beberapa butang ciri laman web CITF.

Katanya, CITF memandang serius masalah teknikal yang dihadapi dan tindakan akan diambil kepada pihak yang berkenaan demi kepentingan awam dan negara.

“Pihak CITF mengambil maklum bahawa ramai rakyat yang berminat untuk divaksin tetapi telah gagal untuk membuat tempahan.



“Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi dan sentiasa terbuka untuk sebarang maklum balas serta teguran daripada semua pihak,” katanya.



CITF juga mengulangi bahawa individu yang telah mendaftar di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan tetap mendapat suntikan vaksin di bawah PICK terutamanya apabila kadar vaksinasi ditingkatkan dalam bulan-bulan mendatang.

“Kami mengucapkan terima kasih di atas sambutan baik orang ramai yang telah menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan negara mencapai imuniti kelompok seperti yang disasarkan,” katanya. – K! ONLINE

Ramai dakwa slot AstraZeneca penuh hanya 30 minit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker