Ini Bukan Boleh Buat Main Main! Tular Taman Merdeka Disahkan palsu

Melaka: Polis menafikan maklumat tular kononnya berlaku kejadian satu keluarga meninggal dunia di dalam rumah akibat jangkitan Covid-19 di Taman Merdeka, di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian seperti tular di laman sosial sehingga petang tadi.

“Setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung kes kematian seperti yang didakwa.

“Pihak polis menafikan kejadian berkenaan berlaku di daerah Melaka Tengah dan tiada sebarang laporan berkaitan kes kematian akibat Covid-19 diterima,” katanya tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita palsu yang boleh menimbulkan kegusaran ramai.

“Keadaan ini boleh mewujudkan suasana panik dalam kalangan masyarakat selain ia juga satu kesalahan sekiranya didapati bersalah,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial gambar dan video pendek berdurasi 20 saat yang memaparkan beberapa petugas lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) mengangkat mayat ke dalam trak polis.

Gambar dan video dikaitkan dengan kejadian satu keluarga yang dikatakan sedang menjalani kuarantin di rumah.

Penghuni dikatakan tiada simptom tetapi tidak hadir untuk janji temu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum petugas kesihatan menjumpai mayat keluarga itu sudah meninggal.-HM

Gara-gara ‘takut’ bini kerana gadaikan gelang, suami dicekup buat laporan palsu disamun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker