Hannah Yeoh bangkit persoal pemecatan Tajuddin

Ahli Parlimen Segambut dari DAP Hannah Yeoh sebentar tadi mempersoalkan pemecatan Tajuddin Rahmah sebagai Pengerusi Prasarana yang dilihatnya hanya sebagai kambing hitam bagi menutup kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional.

Hannah berkata beliau mahu melihat apakah reaksi UMNO terhadap pemecatan Tajuddin.

Jika dilihat secara keseluruhan menteri – menteri dari Bersatu lebih banyak gagal berfungsi dan memainkan peranan mereka yang sepatutnya di dalam pentadbiran terutamanya menteri MITI dan Pendidikan.



Lewat petang tadi Menteri Kewangan melalui satu surat telah menamatkan perkhidmatan Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) ditamatkan serta-merta.

Dalam surat bertarikh 26 Mei 2021 yang ditandatangani Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, tiada dinyatakan alasan penamatan kontrak Tajuddin.

“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan (Diperbadankan) telah bersetuju agar perkhidmatan YB. Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana ditamatkan berkuatkuasa serta-merta,” kata surat itu.



Ada juga pihak lain melihat tindakan Kerajaan PN ini hanya mahu menutup kegagalan dan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu tempahan vaksin yang dikritik hebat sejak tengahari tadi.

 

 



Tajuddin dipecat dari jawatan Pengerusi Prasarana

Hannah Yeoh bangkit persoal pemecatan Tajuddin


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Kemalangan LRT: Pengerusi Prasarana Dikecam

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker