Petisyen desak Azmin letak jawatan raih lebih 170,000 tandatangan

Petisyen desak Azmin letak jawatan raih lebih 170,000 tandatangan

Petisyen desak Azmin letak jawatan raih lebih 170,000 tandatangan

Satu petisyen dalam talian yang mendesak Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali meletak jawatan mendapat lebih 170,000 tandatangan warganet.

Petisyen dengan tanda pagar #AzminLetakJawatan itu dimulakan semalam oleh pengguna maya dengan nama Kerajaan Gagal di laman www.change.org mensasarkan untuk meraih 200,000 tandatangan.

Setakat pukul 9.00 pagi hari ini, petisyen itu telah mengumpul sebanyak lebih 170,000 tandatangan warganet.

“Hanya satu sebab: gagal berfungsi sebagai menteri kanan yang diharapkan. Titik,” kata petisyen itu, menurut laporan Sinar Harian.

Azmin yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dikritik ramai pihak susulan dakwaan terdapat kebenaran operasi perkhidmatan tidak perlu semasa pelaksanaan ‘total lockdown’.

Azmin sebelum ini menegaskan, surat kebenaran beroperasi oleh Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) hanya dikeluarkan selepas kementerian yang mengawal selia sektor yang dibenarkan beroperasi, memberi pengesahan kepada MITI.

Beliau berkata, sebanyak 15 kementerian telah menggunakan sistem CIMS 3.0 bagi memudahkan proses penilaian permohonan kebenaran untuk beroperasi di bawah sektor masing-masing.

“Kementerian-kementerian mengesahkan permohonan-permohonan berkenaan, syarikat yang berkenaan boleh terus mencetak surat kebenaran beroperasi melalui CIMS 3.0,” katanya.

Tambah beliau, MITI terbuka kepada sebarang bentuk aduan mahupun kritikan selepas terdapat dakwaan CIMS 3.0 telah dibolosi dan mendapat kelulusan walaupun berada di bawah sektor yang tidak dibenarkan beroperasi.

Sehingga kenyataan itu dikeluarkan, Azmin berkata, 586,308 dengan 10.2 juta pekerja telah berdaftar dengan CIMS dan hanya 128,150 atau 21.8% surat kebenaran beroperasi telah dicetak melalui CIMS melibatkan 1.57 juta pekerja di seluruh Malaysia. FMT

Petisyen desak Azmin letak jawatan raih lebih 170,000 tandatangan


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Petisyen pecat Azmin: Muhyiddin takkan berani, kata Zaid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker