Petisyen pecat Azmin: Muhyiddin takkan berani, kata Zaid



Sebaran :

Petisyen pecat Azmin: Muhyiddin takkan berani, kata Zaid

Petisyen pecat Azmin: Muhyiddin takkan berani, kata Zaid

Petisyen bagi mendesak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Azmin Ali meletakkan jawatan tidak akan memberi impak meskipun mendapat setengah juta tandatangan, kata ahli politik DAP, Zaid Ibrahim.

Pertama, katanya, ahli politik di Malaysia tidak akan berundur akibat tekanan daripada orang ramai kerana ‘kompas moral’ mereka yang lemah.



Justeru Zaid berpendapat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak akan memecat Azmin kerana pentadbirannya bergantung kepada sokongan yang tipis di parlimen.

Petisyen pecat Azmin: Muhyiddin takkan berani, kata Zaid

 

Timbalan perdana menteri de facto

Bukan setakat itu, malah Zaid menyifatkan Azmin sebagai “timbalan perdana menteri de facto” bagi pentadbiran sekarang.

“Saya menghargai usaha orang ramai yang menuntut Azmin disingkirkan kerana ketidakupayaannya dalam menangani wabak Covid-19. Tetapi ia tidak akan menggerakkan PM untuk melakukan apa-apa.



“Azmin adalah timbalan PM de facto dan bersama-sama (Menteri Dalam Negeri) Hamzah Zainuddin adalah tonggak kekuatan bagi PM walaupun bukan kepada rakyat,” katanya kepada Malaysiakini.

Zaid mendakwa situasi Azmin tidak sama seperti ahli parlimen dari Umno Tajuddin Abdul Rahman, yang dipecat sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Bhd setelah menimbulkan kemarahan orang ramai berikutannya kenyataannya mengenai insiden pertembungan dua tren LRT baru-baru ini.

Kerajaan PN memperoleh kuasa melalui rampasan kuasa politik pada tahun 2019 dengan Azmin yang juga bekas pemimpin PKR dan penyokongnya memainkan peranan penting ketika itu.



Sokongan mereka sangat mustahak buat Muhyiddin, yang mempunyai 112 anggota parlimen untuk terus memegang jawatan.

Petisyen terhadap PN.

Mengulas lanjut, Zaid, yang meletakkan jawatan sebagai menteri undang-undang setelah tidak bersetuju dengan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menahan tiga individu pada tahun 2008, berkata petisyen terhadap Azmin boleh ditafsirkan sebagai petisyen terhadap PN.

“Itu tidak boleh diterima oleh Putrajaya.



“Sebab lain PM tidak akan bertindak berdasarkan petisyen ini adalah kerana yang lain tidak cukup bagus untuk menangani kesan Covid.

“(Menteri) Kewangan, pendidikan dan hal ehwal wanita mungkin akan jadi yang seterusnya. Jadi ini tidak boleh dimulakan, ”tambahnya.

Azmin menjadi sasaran kritikan selepas sejumlah sektor perniagaan terutama sektor pembuatan dibenarkan untuk terus beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh (total lockdown).



Kelulusan juga diberikan sebelum ini untuk kilang minuman keras beroperasi sehingga mencetuskan perbalahan antara Azmin dan Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, tindakan di saat akhir yang memerlukan perniagaan daripada semua sektor meminta kebenaran Miti melalui Sistem Pengurusan Pintar (CIMS 3.0) untuk beroperasi juga mencetuskan perbalahan.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan beberapa sektor perkhidmatan tidak penting diluluskan untuk beroperasi namun sektor penting seperti makanan dan minuman bergelut untuk mendapatkan kelulusan melalui laman web CIMS 3.0.



Semalam, Azmin berkata kementeriannya bukan penentu tunggal dalam memberikan kebenaran beroperasi kepada sektor pernigaan sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh berlangsung.

Ketika berita ini ditulis, lebih 130,000 individu telah menandatangani petisyen agar Azmin meletakkan jawatan. Mk

Petisyen pecat Azmin: Muhyiddin takkan berani, kata Zaid

Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET

Petisyen desak Azmin letak jawatan raih lebih 100,000 tandatangan


Sebaran :


Leave a Reply