Diva AA dapat ‘green light’ PDRM



Sebaran :

Diva AA dapat ‘green light’ PDRM

Diva AA dapat ‘green light’ PDRM, tegur netizen langgar SOP

PENGACARA popular Azwan Ali atau sinonim dengan gelaran Diva AA telah menjalinkan kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Usahasama itu difahamkan untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ‘total lockdown’ yang bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini.



Azwan antara selebriti yang lantang menegur sikap masyarakat tentang kepentingan menjaga SOP dan mematuhi arahan kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Video berdurasi enam minit 10 saat itu telah dimuat naik di saluran Youtube PDRM RMP TV Channel dengan tajuk Perutusan Khas Covid-19 Diva AA.

“Diva AA kolaborasi dengan PDRM tengah viral… kasi meletup… ditujukan khas buat ‘berbillion-billion followers’.



“Khasnya rakyat Malaysia yang degil, buta hati dan tak faham bahasa. Jadi kerja pula PDRM nak kompaunkan kau beratus ribu kali sebab kau degil!.

“Perutusan khas ini akan menegur, memaki hamun sempudal-sempudal yang tengah berlonggok tengok Youtube ni. Antaranya, puak-puak yang menggelupur tak ikut #stayathome #kitajagakita.

“Kalau kau yang menggelupur balik kampung rentas negeri siap menipu polis, mesej makian ini ditujukan untuk orang macam kau sebab kau menggelupur balik kampung konon rindu ayah dan ibu,” katanya.



Tambah Azwan lagi, tindakan mengingkari arahan pihak berkuasa itu juga akan mengakibatkan kebolehjangkitan Covid-19 makin bertambah.

“Kepada sempudal-sempudal yang menggelupur, membeli-belah bersesak keluar masuk ‘mall’, hello! kau ingat kau Diva AA ke ‘catwalk’ masuk ‘mall’ walapun dua jam saja.

“Tak payah nak menggelupur ‘shopping’ tempat sesak-sesak ini. Semua itu kawasan pembawa virus Covid-19,” tuturnya.



Sehingga artikel ini ditulis, video bahagian pertama itu sudah mencatatkan hampir 37,500 tontonan. Utv

Diva AA dapat ‘green light’ PDRM

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Diva AA ‘Mengamuk’ Nak Sumbat Neelofa Ke Penjara Pasal SOP


Sebaran :


Leave a Reply