Diva AA ‘Mengamuk’ Nak Sumbat Neelofa Ke Penjara Pasal SOP

Diva AA ‘Mengamuk’ Nak Sumbat Neelofa Ke Penjara Pasal SOP

Diva AA ‘Mengamuk’ Nak Sumbat Neelofa Ke Penjara Pasal SOP

Seakan tidak berkesudahan kisah  selebriti sensansi, Neelofa dan ahli keluarganya.

Belum selesai isu merentas negeri kerana membeli karpet di Nilai Negeri Sembilan, ahli keluarganya sekali lagi dihimpit kontroversi apabila menyambut hari raya bersama-sama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sedang dijalankan.

 

2x dah gelupur langgar SOP

Selepas dihitung-hitung mengikut perkiraan warganet, sudah tiga kali Neelofa dan ahli keluarga didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan pastinya ramai yang mulai geram dengan hal tersebut.

Salah seorang public figure yang ‘meradang’ dengan sikap ahli keluarga Neelofa adalah pengacara terkenal, Azwan Ali apabila menggesa pihak berkuasa menahan dan menempatkan selebriti itu ke dalam penjara atas kegagalannya mematuhi SOP untuk kesekian kali.

“Bangsat je yang gelupur jadi barua penjilat!”

Seperti biasa, Azwan Ali atau mesra disapa diva AA dan segala carutannya bukanlah perkara aneh untuk rakyat Malaysia.

Oleh itu, dia dengan lantang menyelar tindakan sesetengah peminat Neelofa yang terus-terusan menjadi ‘penjilat’ dengan membenarkan apa yang dilakukan selebriti berkenaan.

“Tak hormat undang2 langsung!”

Susulan daripada caipan yang dibuat oleh Diva AA, ramai yang bersetuju supaya Neelofa dan keluarga dikenakan tindakan yang lebih setimpal memandangkan sudah berkali-kali melanggar SOP.

Mereka juga mengakui berasa sedih melihat ada sesetengah pihak begitu mudah terlepas dalam melakukan kesalahan sewaktu PKP sedangkan ada yang terpaksa menahan rindu bertahun-tahun tidak pulang ke kampung demi mematuhi arahan kerajaaan.

Apa rahsia Neelofa asyik terlepas je?

Susah sangat ke nak follow SOP

Tak sensitif langsung!

Sumber:OMM, DivaAATersohor

Diva AA ‘Mengamuk’ Nak Sumbat Neelofa Ke Penjara Pasal SOP


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


[VIDEO] Isu SOP: Azwan Ali menyelar tindakan selebriti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker