[VIDEO] ‘Rider’ Foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Penjenayah Di Puji Netizen

[VIDEO] ‘Rider’ Foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Perompak Di Puji Netizen

[VIDEO] ‘Rider’ Foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Perompak Di Puji Netizen

Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat rider Foodpanda seolah berada di mana sahaja dalam hampir semua video yang tular di jalan raya. Tidak hanya berusaha keras mencari rezeki dengan menghantar makanan kepada para pelanggan, gelagat mereka yang pelbagai buatkan pekerjaan ini menjadi unik.

Tindakan seorang penghantar makanan Food Panda menghalang seorang lelaki yang lari dari dikejar oleh pihak polis menggunakan motosikalnya mendapat perhatian dan pujian oleh pengguna di laman Twitter sejak semalam.



Menerusi satu video dari televisyen litar tertutup yang berdurasi 36 saat itu memaparkan seorang penghantar makanan yang menaiki motosikalnya dan menghalang seorang lelaki yang dikejar oleh pihak polis pada waktu itu dengan motosikal tersebut.

LIHAT VIDEO BAWAH:-

Apa yang menarik perhatian netizen serta membuatkan orang ramai lebih teruja adalah gaya bersahaja beliau yang tenang mengundur motosikal beliau dalam menyekat pergerakan perompak.

Para netizen nampaknya turut mengulas mengenai tindakan pantas rider berkenaan. Tidak kurang juga yang berpendapat rider ini wajar diberikan batch 1 atas keberanian beliau membantu pihak polis mendapatkan perompak. Berikut antara komen netizen mengenai video ini.

Rata-rata pengguna laman Twitter memuji sikap yang ditunjukkan oleh penghantar makanan tersebut kerana berani menghalang lelaki yang dikejar oleh pihak polis ketika itu.



Seorang pengguna dengan nama @hydesign_my berkata, memuji sikap penghantar makanan terbabit kerana memudahkan kerja pihak berkuasa.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ada yang sedang stres, jadi, jika dapat tangkap seorang penjahat, mesti seronok kerana dapat membantu dan memudahkan kerja pihak berkuasa,” ciap @hydesign_my.

Menurut seorang pengguna laman Twitter, @ImanKeisuke, berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sekitar KK Mart berdekatan Bandar Sunway Jalan PJS9, Petaling Jaya.



Tambah @chubb, dia memuji penghantar makanan terbabit yang berani mengejar penjenayah.

“Abang Food Panda memang sentiasa ada di saat memerlukan. Terbaiklah abang Food Panda,” puji @chubbb__ kepada penghantar makanan tersebut.

Tahniah kami ucapkan atas keberanian rider berkenaan. Contoh yang ditunjukkan berjaya membuktikan pihak mereka bukan sekadar mencari rezeki menghantar makanan semata-mata malah turut bekerjasama bersama pihak polis dalam mengelakkan orang ramai daripada ancaman jenayah.

[VIDEO] ‘Rider’ Foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Perompak Di Puji Netizen


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Rina berlakon rider FoodPanda – Di kecam Netizen [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker