Makan rasuah Balak, SPRM tahan penjawat awam dan bekas pesara

Dua individu termasuk seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menerima wang ‘habuan’ bagi melindungi kegiatan mencuri kayu balak dari kawasan hutan simpan sekitar Kuala Lipis, Pahang.
Kedua-dua suspek berusia 40 dan 61 tahun itu dipercayai menerima wang rasuah antara RM500 dan RM2,000 daripada pemilik syarikat dari November 2019 hingga 2020.

Sumber memberitahu, suspek pertama yang merupakan penjawat awam dipercayai ditahan di pejabat SPRM cawangan Raub ketika hadir memberikan keterangan kira-kira pukul 2.30 petang Khamis.

Sementara rakan ‘sekutunya’ yang merupakan seorang pesara kerajaan ditahan kira-kira pukul 7 malam, Rabu.

Dalam satu lagi serbuan berasingan, seorang lagi penjawat awam ditahan SPRM Pahang kerana dipercayai menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM1,500 sebanyak dua kali daripada seorang individu sebagai balasan untuk melepaskan barang-barang yang disita oleh sebuah jabatan kerajaan yang terbabit dengan aktiviti perhutanan.
Suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40an itu dipercayai menerima wang rasuah pada Disember 2018 dan ditahan di pejabat SPRM cawangan Raub kira-kira pukul 7 malam, Rabu ketika hadir memberikan keterangan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim, ketika dihubungi mengesahkan kesemua tangkapan tersebut.
Kes itu, katanya, disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KKM sah pecat doktor HKL yang biadab dan kurang ajar dengan Najib



Suami Isteri dicekup khalwat, kad nikah jadi penyalamat

Pendakwa GAGAL buktikan wang masuk dari MOF Saudi bukanlah derma



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker